Sulit
2 tahun
Skip Vaksin Dos Ke-2
Salam Sejahtera, saya lelaki berusia pertengahan 20an hendak bertanya kesan jika ter’skip’ dos ke-2(Sinovac) dan berhasrat untuk mengambil dos penggalak(secara walk-in) tanpa melengkap vaksin primer. adakah dibenarkan atau ia merbahaya? terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, dos vaksin dikira mengikut bilangan dos yang diambil, oleh itu jika anda mengambil dos seterusnya ia akan dikira secara automatik sebagai dos kedua. Untuk berada di bahagian yang lebih selamat, adalah dinasihatkan untuk mengambil vaksin anda dengan sewajarnya.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini