Sulit
4 tahun
Sakit kepala migrain
sakit kpla di bahagian ubun ubun. dan mata sebelah kiri sudah berlanjutan selama 3 hari. makan pain killer still sakit tak hilang
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang migrain.
Saya kurang jelas tentang apa yang anda ingin tanyakan, adakah sebab, rawatan atau apa. Di sini saya kongsikan serba sedikit tentang migrain.
Terdapat 3 jenis migrain.
- migrain tanpa aura (Migrain tanpa aura adalah sakit kepala tanpa simptom)
- migrain dengan aura (migrain dengan aura adalah kita dapat merasakan simptom sebelum serangan migrain)
- aura migrain tanpa sakit kepala (Aura migrain tanpa sakit kepala adalah penghidap boleh merasakan simptom lain tanpa diiringi sakit kepala)
Migrain boleh menyebabkan sakit kepala yang sengit yang sering digambarkan sebagai sakit berdenyut. Sakit kepala jenis ini boleh berlangsung dari 4 jam hingga 3 hari dan biasanya berlaku satu hingga empat kali sebulan. Bersama-sama dengan rasa sakit, terdapat simptom lain, seperti sensitiviti terhadap cahaya, bunyi bising, atau bau, mual atau muntah, kehilangan nafsu makan dan sakit perut. Migrain boleh disebabkan oleh faktor genetik atau faktor persekitaran.
Terdapat banyak ubat-ubatan yang telah direka untuk merawat serta mencegah episod migrain. Ubat migrain seperti Aspirin atau ibuprofen boleh membantu melegakan migrain ringan. Selain aspirin, triptans juga boleh digunakan untuk merawat migrain. Namun, rawatan selain daripada panadol memerlukan prekripsi doktor serta soalan lebih lanjut untuk mengetahui samada anda sesuai dengan ubat tersebut atau sebaliknya.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.