Anonymous
5 tahun
Sakit sendi2 seperti artritis
sy wanita umur 35 thun, mempunyai sejarah keluarga berat utk penyakit kanser, ayah menghidap gout. sejak umur meningkat 34 thun sy sering diserang sakit sendi. sakit ini berlarutan hingga 3 ke 7 hari di kawasan2 tertentu. cth jari tangan, pergelangan tangan, pergelangan kaki, sendi jari kaki dsb. sy tidak gemuk, dgn berat 54 kg tinggi 155
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Menurut keterangan anda, sakit lutut dan sendi boleh disebabkan oleh :
- kekurangan zat besi dan kalsium
- aktiviti yang membebankan
- tidak cukup rehat
- rapuh/hakisan tulang
Untuk mengurangkan rasa sakit tersebut, anda boleh:
- elakkan mengangkat berat yang berlebihan
- amalkan pemakanan yang seimbang
- amalkan senaman dan fisioterapi
- pengambilan supplemen untuk menguatkan tulang seperti kalsium dan vitamin D
Jika kesakitan berterusan dan mengganggu aktiviti seharian, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor dan mendapatkan konsultasi serta rawatan yang sewajarnya.
Anda boleh menghubungi doktor kami untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.