Sulit
3 tahun
Saya berumur 18, Saya mendapati,,Saya lemah syawat,,apabila zakar Saya dirangsang terus Naik dan cepat pancut..ada lemah syawat boleh dirawat dan apakah solusinya doctor..mohon pecerahan…terima kasih
Saya berumur 18, Saya mendapati,Saya lemah syawat,apabila zakar Saya dirangsang terus Naik dan cepat pancut…adakah lemah syawat boleh dirawat dan apakah solusinya doctor?..mohon pecerahan…terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, masalah cepat pancut juga dinamakan sebagai ejakulasi pramatang. Ejakulasi pramatang ialah situasi di mana seseorang mengalami ejakulasi lebih cepat daripada apa yang lelaki dan pasangan mahu. Pesakit mengalami ejakulasi kurang daripada 2 minit selepas ereksi. Selepas ejakulasi, zakar tidak lagi akan mengalami ereksi menjadikan sebarang hubungan seksual tidak boleh diteruskan.
Rawatan kepada masalah ini terdiri daripada rawatan tanpa atau dengan ubat-ubatan. Semua ubat makan hanya boleh digunakan dengan preskripsi doktor anda .
Walaubagaimanapun, cara mengatasi pancut awal tanpa ubatan termasuk kaunseling, senaman tertentu, kondom dan teknik yang digunakan semasa hubungan seks. Rawatan ini adalah disyorkan oleh doktor anda sebelum pengambilan ubat sekiranya rawatan ini tidak berjaya.
- Kaunselling
- Sesi kaunselling dapat membantu anda mengurangkan kegelisahan ketika mempunyai masalah ejakulasi pramatang. Ia juga memberikan anda cara-cara untuk menangani stres dan membantu memperbaiki hubungan anda dengan pasangan anda.
- Kebanyakkan orang yang mempunyai ejakulasi pramatang akan berasa kecewa dan bersalah kerana tidak dapat memuaskan pasangan mereka. Masalah ini perlu dibincang dan diselesaikan secara terbuka .
- Senaman otot pelvik
- Senaman ini membantu menguatkan otot dalam pelvik anda untuk memperbaiki masalah ejakulasi pramatang. Senaman ini juga dipanggil Kegel exercise .
- Ia memerlukan teknik yang betul dan penggunaan cara yang sistematik.
- Teknik jeda-pegang
- Teknik ini boleh digunakan semasa hubungan seks anda. Ia memerlukan kesefahaman antara anda dengan pasangan untuk mencapai objektifnya.
- Konsepnya adalah berhenti sejenak sebelum datangnya orgasma anda dengan memegang zakar anda supaya ejakulasi tidak berlaku . Proses ini perlu dilakukan secara berulang supaya anda boleh mengawal ejakulasi anda.
- Kondom
- Penggunaan kondom ini juga boleh mengurangkan sensitiviti zakar anda semasa hubungan seks . Hal sedemikian boleh membantu mengatasi ejakulasi pramatang.
- Kondom boleh dibeli di farmasi ataupun pasar raya yang terdekat. Pada masa yang sama, kondom merupakan alat kontraseptif yang efektif.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini. Jika masalah anda berlarutan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah