Sulit
3 tahun
Saya mempunyai masalah kekurangan berat badan
Saya ada beli vitamin untuk naikkan berat badan, nama vitamin itu,Vitamin Body Up Weight Gain, pilnya berwarna kuning biru dan bottle vitamin itu berwarna biru putih. Saya sudah bertanya penjual dan penjual kata vitamin itu ada lab test approved. Soalan saya adakah betul vitamin itu ada lab test approved. Saya ragu-ragu untuk mencuba vitamin itu,adakah ianya selamat.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang maklumat mengenai supplement.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda berasa ragu dan ingin tahu sekiranya vitamin yang anda beli adalah selamat untuk digunakan. Saya akan memberikan maklumat yang anda perlukan sebaik mungkin.
Untuk makluman anda, keselamatan sesuatu produk supplement tambahan yang telah mendapat kelulusan KKM boleh disemak melalui laman web National Pharmaceutical Regulatory Agency Ministry Of Health Malaysia ( https://www.npra.gov.my/index.php/en/consumers/information/products-search )
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.