Sulit
4 tahun
Tapak kaki bengkak dan sakit
saya berumur 20an. suatu pagi, bangun daripada tidur saya rasa sakit dan sedikit gatal di tengah tapak kaki sebelah kiri. Kaki saya bukan jenis yang rata. Saya akan berasa tidak selesa ketika berjalan. Tetapi, kurang atau tidak rasa sakit jika ditekan menggunakan tangan. Saya sudah mngalami keadaan sebegini dalam beberapa hari. Rasa masih ada. Saya seorang kerani dan kerja saya bnyk duduk dan tidak bnyk berdiri. saya hanya membuat renggangan dan urut kaki kiri saya dan berharap bengkak tersebut surut tp masih sebegitu. Apa rawatan yang boleh dibuat dirumah selain urutan untuk kurangkan rasa tidak selesa dan bengkak itu.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sakit tapak kaki boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kecederaan: Kecederaan pada tapak kaki disebabkan oleh tekanan
- Plantar fasciitis: Keradangan tisu penghubung pada tapak kaki
- Bursitis: Bursa adalah pelindung antara sendi dan antara tendon dan tulang. Keradangan bursa boleh menyebabkan bengkak dan sakit.
Memandangkan sakit telah timbul sejak beberapa lama, dikhautiri ia akan sangat menganggu pergerakan harian anda. Justeru, adalah digalakkan agar anda menghubungi dan merujuk doktor berkaitan masalah ini.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.