Sulit
2 tahun
Telinga belah kiri tersumbat hampir tiga hari
Hi doctor, telinga saya sebelum ni pernah tersumbat and berapa jam lepastu dia macam okay balik lepas keluar bunyi pop. Tapi sekarang ni telinga saya dah tiga hari tersumbat, and sampai sekarang saya punya pendengaran belah kiri agak kurang. saya dah cuba menguap, and macam macam cara untuk hilang kan tersumbat tapi telinga saya still tersumbat. Dia ada keluar bunyi pop and saya boleh dengar balik sekejap and then dia macam tersumbat balik. Mohon Bantu
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Perubahan tekanan udara
- Terdapat cecair di dalam telinga
- Jangkitan telinga
- Bendasing di dalam telinga
- Radang tekak
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk anda kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.