Sulit
3 tahun
Telinga bengkak dalam
pada hari sabtu minggu lalu saya merasakan telinga saya macan ada sakit2 di dalam . keesokan pagi nya saya merasakan telinga saya bengkak di dalam . sakit dia sampai di rahang kalau saya kunyah telinga saya akan sakit . saya sekarang makan ubat paracetamol untuk tahan sakit . persoalan saya boleh kah saya makan ubat bengkak ? dan biasa nya berapa hari telinga saya aian sembuh sepenuh nya ? saya selalu membersihkan telinga menggunakan cutton bud dan selalu menggunakan earphone .
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kegusaran dan ketidakselesaan anda berkenaan sakit dan bengkak telinga yang dialami, ditambah lagi dengan gejala sakit ketika mengunyah. Anda juga ingin mengetahui selama manakah gangguan seperti ini lazimnya dialami serta cadanagn pengubatan selanjutnya. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya sakit dan bengkak telinga yang disertai dengan gejala sakit ketika mengunyah boleh disebabkan oleh jangkitan kuman pada telinga yang kemudiannya merebak pada kawasan sendi temporomandibular.
Antara jangkitan yang boleh berlaku selain dari telinga kesakitan ini juga boleh disebabkan oleh perkara lain antaranya termasuk:
- abses gigi
- komplikasi dari radang tonsil
- ketumbuhan
Jangkitan di atas boleh menjadi bertambah parah sekiranya tidak dirawat.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.