Sulit
2 tahun
Telinga sakit dan taik telinga keras
Saya wanita umur 20 tahun dan saya baru mandi kolam beberapa untuk 2 bulan ni. Sejak mandi kolam pertama kali,telinga saya rasa tersumbat sbb mandi air kan. kemarin adalah kali ketiga saya mandi,dan kalini telinga jadi makin kurang selesa. Bila saya korek dgn besi, saya dpt rasa telinga kanan saya ni mcm ada taik telinga yg menutup ruang tengah telinga. Saya xboleh korek lebih² sbb taik tu mcm dah dkt sgt dgn gegendang.
Namun untuk masalah sakit telinga ni,mmg dri dulu selalu rasa sakit di telinga kanan.adakah sbb saya selalu tidur mengiring ke kanan? Kan bila mengiring, kita akan himpit telinga.
Mohon penjelasan dr, adakah perlu beli ubat telinga atau perlu alat vaccumm telinga.tq
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti jangkitan atau keradangan saluran antara gegendang telinga dan telinga luar. Keadaan ini boleh dicetuskan oleh pendedahan kepada air, atau kerosakan mekanikal akibat pembersihan yang berlebihan. Jangkitan boleh disebabkan oleh kulat atau bakteria. Nama untuk isu ini ialah otitis externa.
Anda dinasihatkan untuk tidak memasukkan apa-apa ke dalam telinga anda kerana ia boleh menyebabkan kerosakan selanjutnya
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.