Sulit
3 tahun
Thyroid problem (hyperthyroidism)
Saya perempuan,17 tahun.Tahun ini saya telah didiagnosed dgn hyperthyroidism. Simptom awal saya ialah
1.kurg berat badan (10-15 kg)
2.Pening kepala yg sangat teruk pd setiap hari,sehingga hampir pengsan
3.Tiada selera makan(makan lebih muntah²)
4.palm sweating, shivering hand
5.Always penat,tk bermaya
6.Tidak boleh tidur malam
Saya berjumpa dengan doc pakar kerana telah jumpa doc biasa di klinik sebanyak 3 kali.Apabila berjumpa doc pakar,beliau saran kan untuk saya menjalani ujian darah.Result darah menunjukkan bacaan tiroid yg sgt tinggi.Bacaan nadi saya juga tinggi 138 per minit.Bacaan tekanan darah juga tidak normal.Saya diadmit ke ward selama 5 hari untuk menstabilkan bacaan tekanan darah dan nadi.
Baru ² ini beberapa perkara pelik berlaku seperti
1.kehilangan rambut yg sgt bnyk(sehingga sebahagian tempat hampir botak)
2.bacaan nadi kurg stabil.Ketika berjalan tk sampai 3 tapak bacaan nadi tinggi
3.Sering berlaku kekejangan di kaki.
Bahagian belakang kaki sgt sakit(peha ke bawah)sehingga membatas kan pergerakan
4.Sering penat,cemas,takut
Setakat ini saya tidak mengalami graves disease dan keadaan mata juga normal.
Saya ingin kepastian
1.Adakah perkara yg saya alami belakangan normal bg pesakit hyperthyroidism?
2.Adakah keadaan saya se makin teruk?Atau sekadar faktor ² biasa kerana saya pelajar 17 tahun yg bakal mengambil SPM.Saya juga Sering stress kerana pembelajaran online sgt penat.
3.Adakan stress bahaya untuk pe sakit hyperthyroidism?
4.Apakah kemungkinan jika perkara yg saya alami itu semakin bertambah?
Terima kasih atas pencerahan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan soalan di atas, kami memahami bahawa anda sudah dikenal pasti sebagai pesakit hipertiroid. Kini anda semakin hampir dengan SPM dan bimbang akan keadaan kesihatan anda yang semakin merosot. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Beberapa gejala yang anda alami seiring dengan masalah hipertiroid. Seperti kurang berat badan, rambut gugur, mood yang tidak stabil, nadi laju, menggeletar, peluh berlebihan, penat dan insomnia. Kami mencadangkan agar anda patuh dengan ubat serta arahan doktor untuk mengawal hipertiroid anda.
Stres melampau sememangnya boleh menjejaskan kesihatan. Namun begitu, stres kerja atau sekolah boleh dikawal dengan beberapa cara. Antaranya:
- Dapatkan tidur yang cukup, sekurang-kurangnya 8 jam
- Bersenam dengan kadar yang sewajarnya
- Amalkan teknik pernafasan Mindfulness
- Susun jadual serta kerja anda dengan elok
- Makan makanan sihat dan seimbang
- Minta sokongan serta bantuan ahli keluarga atau rakan-rakan
Berikut merupakan beberapa agensi sokongan emosi yang boleh anda hubungi:
Malaysian Mental Health Association
- Any mental health issue
- Qualified mental health professionals
- Language: English, Malay, Chinese
- Hotline: 03-27806803
Children Helpline
- Counselling
- Child abuse
- Hotline: 15999
BEFRIENDERS
- Hotline numbers:
KL: 03-7956 8145 (24 hours)
Ipoh: 05-547 7933 (4pm to 11pm)
Penang: 04-281 5161 (3pm to midnight) - E-Mail: [email protected]
- Website: https://www.befrienders.org.my/
Bagi pertanyaan lanjut, sila hubungi doktor anda atau doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.