Sulit
3 tahun
Ulser di lidah tidak sembuh
Ibu sy mempunyai ulser di lidah yg setiap bulan akan naik dan hilang dgn sendiri sama dgn bulan seterusnya.Ulser ini sejak dari tahun lepas dan bulan ini naik lagi .Stp malam sy akn pastikan ibu sy makan vitamin C dgn multivitamin .Ibu sy berumur 54 tahun dan mempunyai pnyakit darah tinggi dan kencing manis.Ibu sy mkn ubat darah tinggi dan kencing manis pada waktu pagi.Adakah ini kanser lidah atau kesan sampingan ubat darah tinggi@kencing manis ???Apakah yg perlu sy lakukan ??
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman anda, terdapat banyak perkara yang menyebabkan seseorang mendapat ulser lidah. Antaranya :
- Kecederaan semasa mengunyah makanan
- Trauma pada bahagian mulut
- Kesihatan oral yang kurang
- Kesan makanan pedas
- Kurang minum air
- Jangkitan kuman
- kanser oral
- Penyakit autoimun
- Minuman dan makanan panas
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.
Bagi mengelakkan dan merawat ulser ini, ibu anda boleh mencuba cara cara berikut :
- elakkan makanan pedas
- banyakkan minum air
- berkumur dengan air suam
- jaga kebersihan oral dengan baik
Ibu anda juga boleh mencuba untuk meletakkan gel antiseptic atau gel yang di nasihatkan oleh Doktor gigi. Namun penjagaan kesihatan oral lebih penting untuk mencegah daripada ulser ini daripada terus berlaku.
Sekiranya keadaan ibu anda berterusan dan mengalami sakit yang teruk, sila berjumpa dengan doktor gigi yang bertauliah. Terima kasih.
.