Sulit
2 tahun
Bintik putih dalam mulut pipi sebelah kanan
Sy berumur 32 tahun… Ada bintik putih dalam mulut. Sudah lbh, 2 mggu tetapi tidak sembuh… Tidak berasa sakit… Cm kdg agak x selesa Di rahang pipi.
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman pihak anda, bintik putih boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Leukoplakia
- Jangkitan kuman
- Keratosis
- Kanser mulut
- Kesan akibat terbakar
Saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat pemeriksaan dan rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.