Sulit
4 tahun
Sakit dalam mulut semasa makan
Salam doc. Saya berumur 22 thaun. Tengah hari tadi semasa makan, saya rasa tidak selesa untuk mengunyah. Seperti pedih-pedih di dalam pipi kiri saya. Apabila saya menyuluh dalam mulut, ada sesuatu yang kemerahan seperti ulser pada bahagian itu. Apakah puncanya dan perluka saya membeli ubat?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi iaitu sakit ketika mengunyah. Untuk makluman pihak anda, masalah ulser dalam mulut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Trauma
- Dehidrasi
- Inflammatory bowel disease
- Sistemik Lupus Eritematosus
Selain mendapatkan rawatan ubat, saya galakkan untuk anda
- Minum banyak air putih
- Jaga kebersihan mulut
- Berkumur dengan air garam kerana garam boleh mematikan kuman yang menyebabkan sakit ulser tersebut
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat serta mendapatkan rawatan yang sesuai, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.