Sulit
3 tahun
Kerap terjadi ulser mulut
saya berumur 33 tahun,sy mempunyai masalah kerap jadi ulser mulut.walaupun sy xtergigit ketika mengunyah makanan.adakah faktor kurangnya folic acid dlm badan yang menyebabkan ulser selalu terjadi?sy sudah menggunakan ubt gigi glister yang katanya boleh mencegah dari ulser mulut.sy sudah mendapatkan ubt kumur,gel dari farmasi.jika faktor disebabkan kurangnya vitamin c,saya sudah mengamalkan pengambilan vit c+.Apakah pendapat dr. adakah antibiotik untuk ulser?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman anda, terdapat banyak perkara yang menyebabkan seseorang mendapat ulser mulut. Antaranya :
- Kecederaan semasa mengunyah makanan
- Trauma pada bahagian mulut
- Kesihatan oral yang kurang
- Kesan makanan pedas
- Kurang minum air
- Jangkitan kuman
- kanser oral
- Penyakit autoimun
- Minuman dan makanan panas
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.
Bagi mengelakkan dan merawat ulser ini, ibu anda boleh mencuba cara cara berikut :
- elakkan makanan pedas
- banyakkan minum air
- berkumur dengan air suam
- jaga kebersihan oral dengan baik
Ibu anda juga boleh mencuba untuk meletakkan gel antiseptic atau gel yang di nasihatkan oleh Doktor gigi. Namun penjagaan kesihatan oral lebih penting untuk mencegah daripada ulser ini daripada terus berlaku.
Sekiranya keadaan ibu anda berterusan dan mengalami sakit yang teruk, sila berjumpa dengan doktor gigi yang bertauliah. Terima kasih.
.