Sulit
4 tahun
Ulser di bibir, ada dua mata. Dan kadang kadang berdarah
Sudah 1 week saya ada ulser di bibir, ada dua mata. Saya pelik & risau, walaupun saya minum 3l air suam tiap2 hari tapi bibir saya & dalam mulut saya kering teruk. Tiap pagi or waktu bila bila mesti akan berdarah darah. Walaupun saya sudah guna ubat ulser di farmasi, masih tak sembuh. Letak garam di ulser tetap tak sembuh. Tapi ulser makin lama makin besar. Saya risau & takut.
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang ulser dalam mulut.
Untuk makluman anda, terdapat banyak perkara yang menyebabkan seseorang mendapat ulser mulut. Antaranya :
- Kecederaan semasa menggosok gigi
- Trauma pada bahagian mulut
- Kesihatan oral yang kurang
- Kesan makanan pedas
- Kurang minum air
- Jangkitan kuman
- kanser oral
- Penyakit autoimun
Anda diminta untuk tidak meletakkan garam di kawasan ulser dan berjumpa doktor secepat mungkin kerana ulser itu tidak sembuh walaupun sudah menggunakan ubat farmasi.
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.
Bagi mengelakkan dan merawat ulser ini, anda boleh mencuba cara cara berikut :
- elakkan makanan pedas
- banyakkan minum air
- berkumur dengan air suam
- jaga kebersihan oral dengan baik
Anda juga boleh mencuba untuk meletakkan gel antiseptic atau gel yang di nasihatkan oleh Doktor gigi. Namun penjagaan kesihatan oral lebih penting untuk mencegah daripada ulser ini daripada terus berlaku.
Sekiranya keadaan anak anda berterusan dan mengalami sakit yang teruk, sila berjumpa dengan doktor gigi yang bertauliah. Terima kasih.