Sulit
3 tahun
Ulser lambat pulih dekat sebulan dan ulser tidak sakit
Saya wanita 22 tahun saya ingin tnya ulser saya dekat sebulan belum sembuh … sebelum ini saya ada sakit gusi disbb kan gigi geraham ingin tumbuh skrg gusi saya sudah smbuh tapi ulser belum pulih tidak membesar dan tidak sakit ada kah bahaya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu ulser di mulut . Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- kecederaan pada permukaan lidah/mulut
- pembiakan kulat yang bernama ‘candida albicans’ secara berleluasa
- ubat gigi atau pencuci mulut mengandungi sejenis bahan kimia yang sangat sensitif kepada sesetengah orang
- masalah dehidrasi
- penyakit berkaitan dengan sistem imun
- hubungan seks secara oral
Jika ulser tidak sembuh setelah melebihi 2 minggu, anda hendaklah merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.