Sulit
4 tahun
Bagaimana Mencegah Ulser mulut
Sejak akhir2 ini anak saya (berumur 21 thn) kerap mendapat ulser mulut.Macam2 cara dia guna untuk hilangkan. Lepas beberapa minggu ulser datang semula.Baru2 ini saya belikan Oral Aid Lotion. Tapi anak saya belum lagi menggunakannya. Adakah selamat untuk gunakan lotion ini?
Harap tolong jelaskan.
Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang ulser dalam mulut.
Untuk makluman anda, terdapat banyak perkara yang menyebabkan seseorang mendapat ulser mulut. Antaranya :
- Kecederaan semasa menggosok gigi
- Trauma pada bahagian mulut
- Kesihatan oral yang kurang
- Kesan makanan pedas
- Kurang minum air
- Jangkitan kuman
- kanser oral
- Penyakit autoimun
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.
Bagi mengelakkan dan merawat ulser ini, anda boleh mencuba cara cara berikut :
- elakkan makanan pedas
- banyakkan minum air
- berkumur dengan air suam
- jaga kebersihan oral dengan baik
Anda juga boleh mencuba untuk meletakkan gel antiseptic atau gel yang di nasihatkan oleh Doktor gigi. Namun penjagaan kesihatan oral lebih penting untuk mencegah daripada ulser ini daripada terus berlaku.
Sekiranya keadaan anak anda berterusan dan mengalami sakit yang teruk, sila berjumpa dengan doktor gigi yang bertauliah. Terima kasih.