Sulit
2 tahun
Zakar bengkok ke kiri semasa ereksi
Saya lelaki berusia 22 tahun dan telah berkahwin . Saya mengalami masalah zakar bengkok ke kiri semasa ereksi tetapi tidak menggangu sebarang aktiviti ketika seks . Adakah cara atau kaedah perubatan untuk meluruskan zakar dengan betul dan selamat ?
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini mungkin disebabkan oleh tisu parut. Biasanya, jika masalah ini tidak menyebabkan kesakitan, rawatan tidak diperlukan. Walau bagaimanapun, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat pemeriksaan dan rawatan yang tepat. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.