fiezah07
2 tahun
Adakah Kanser dikesan melalui ujian darah
Adakah kanser bole dies an melalui ujian darah
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, kanser boleh disaring menggunakan ujian darah. Namun, ia tidak boleh didiagnos melalui ujian darah. Bagi mendiagnos kanser, biopsi perlu diambil daripada ketumbuhan tersebut untuk diperiksa secara histologi iaitu menggunakan mikroskop. Bagi mengenalpasti ketumbuhan tersebut, ujian imbasan CT skan diperlukan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.