Anonymous
2 tahun
Cara check penyakit kanser
Saya banyak terbaca tentang pesakit yang lambat mengetahui tentang kanser. Tahu2 dah stage 3 4. Boleh berikan cara untuk check selain dari pap smear kerana sy belum berkahwin.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda. Untuk makluman pihak anda, terdapat beberapa cara untuk mengesan kanser:
- Ujian pap smear - memasukkan sejenis alat iaitu spekulum ke dalam faraj di mana ia membuka ruang faraj dan mengambil sel.
- Colposcopy - alat membesarkan imej sel pangkal rahim dan faraj, sama seperti mikroskop
- Biopsi - pengambilan sedikit tisu untuk pemeriksaan di bawah mikroskop.
- Imbasan Computed Tomography (CT atau CAT) - sinar X
- Magnetic Resonance Imaging - menggunakan kuasa magnet
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.