iranajira311
2 tahun
Tempoh Kanser serviks
Saya nak tanya berapa lama tempoh utk sel sel kanser itu akan merebak ke tahap yg lebih teruk?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Penyebab sebenar tidak diketahui tetapi terdapat beberapa faktor risiko yang mungkin boleh dikaitkan dengan penyakit ini. Jika seseorang wanita mempunyai salah satu dari faktor berikut, mereka adalah golongan yang berisiko tinggi:
Memulakan perhubungan seksual pada usia terlalu muda.
Mempunyai pasangan seks berbilang
Mengandung lebih dari 5
Berkenanaan soalan yang diajukan oleh anda secara amnya tidak terdapat penyelidikan yang menjangka tempoh masa sebenar bagi sel sel kanser tersebut untuk merebak. Sel sel kanser kebiasaanya akan merebak jikalau seseorang tersebut :
- Tidak menerima rawatan yang sepatutnya.
- Dikesan pada tahap yang agak serius
- Umur
- Sejarah kesihatan yang lain
Untuk maklumat lanjut sila, klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih