Anonymous
2 tahun
Ujian darah mengesan kanser
Hai dr. Saya ingin bertanya, adakah kanser dapat dikesan melalui ujian darah?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai jenis kanser, seperti kanser kolorektal, kanser payudara, kanser darah, kanser paru-paru, dan lain-lain. Kanser ini biasanya disebut kanser primer yaitu tergantung kepada lokasi asal kanser dalam tubuh. Kanser tidak dapat didiagnosis dengan ujian darah sahaja. Akan tetapi, pada orang dengan kanser, biasanya terdapat bahan yang dikenali sebagai penanda tumor yang akan berada pada kadar tinggi dalam darah, air kencing dan tisu badan. Walaupun sel kanser sering menghasilkan penanda tumor yang banyak, sel-sel yang sihat di dalam badan juga boleh menghasilkannya tetapi pada kadar yang sedikit.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.