ahmadsaleh
2 tahun
Apakah kanser usus boleh dikesan dengan cara mengambil sampel darah
Hi doc, ape kah kanser usus boleh dikesan dengan cara mengambil sampel darah.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Izinkan saya menerangkan dengan lebih lanjut mengenai kanser kolorektal (usus). Kanser kolorektal adalah kanser gastrousus paling penting.
Terdapat 3 lokasi di mana kanser kolorektal boleh berlaku:
- Kanser sebelah kanan - biasanya hadir dengan tanpa simtom atau anemia (kurang darah) akibat pendarahan gred rendah kronik
2. Kanser sebelah kiri - biasanya hadir dengan sembelit, pendarahan rektum, sakit perut kolik atau kusam.
3. Kanser rektum - memberikan cirit-birit pada awal pagi, rasa sakit, rasa tidak selesa selepas buang air besar (tenesmus) atau perdarahan pada akhir buang air besar
Jika simtom-simtom ini ada dan kanser kolorektal disyaki, beberapa penyiasatan boleh dilakukan:
- Colonoscopy (paling penting dan yang paling biasa dilakukan – camera dimasukkan dari punggung untuk melihat dalam usus)
- Double contrast barium enema (jika colonoscopy tidak dapat dilakukan)
- Ultrasound rektum
- Ultrasound perut (untuk memeriksa penyebaran tumor)
- CT scan dada dan perut (untuk memeriksa penyebaran tumor)
- X-ray dada (untuk memeriksa penyebaran tumor)
Ujian pemeriksaan akan dilakukan pada pesakit sekitar umur 50 tanpa simptom atau untuk pesakit yang mempunyai risiko tinggi. Untuk pesakit tanpa symptom berumur lebih 50, penggunaan ujian skrin adalah “Feacal Occult Blood Test” (ujian untuk kehadiran darah mikroskopik atau tidak kelihatan di dalam najis).
Idea untuk menggunakan ujian najis ini sebagai ujian pemeriksaan adalah kerana kanser kolon seperti kanser peringkat awal dan pertumbuhan besar akan berdarah. Ujian darah najis yang paling biasa digunakan ialah ujian Hemoccult II. Ujian in boleh dilakukan di mana-mana hospital kerajaan / swasta atau di klinik terpilih. CEA (penanda darah untuk kanser kolon) tahap tidak disyorkan dalam individu tanpa simtom sebagai kaedah pemeriksaan. Saya harap ini menjawab soalan encik, ujian darah tidak digalakkan untuk kanser usus.
Untuk pesakit berisiko tinggi (sejarah keluarga yang kuat - dua atau lebih saudara kanser usus atau saudara-saudara yang telah mengalami kanser pada usia lebih muda dari 40 tahun) tanpa simtom, pemeriksaan rektum digital dan ujian darah najis harus dilakukan seawal usia 35 setiap tahun.
Kolonoskopi atau kontras barium enema dan sigmoidoscopy perlu dilakukan pada umur 40 tahun dan kemudian berulang setiap tiga hingga lima tahun dengan ujian darah najis tahunan.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.