aku.miks
2 tahun
Kanser usus tahap 4
Hi doctor
Assalamualaikum dan salam sejahtera Doctor…
-pertanyaan-
Bolehkah saya menjalani operation usus(low rectal polyps) menggunakan kaedah colonoscopy…?
Saya pesakit kanser usus tahap 4 since bulan August 2019… Namun history sakit jenis ketumbuhan saya sejak 2013 lagi… Pada 2014 saya di sahkan ada ketumbuhan dalam usus saya (rectal polyps lower) sebesar 5cmdan saya di operate menggunakan kaedah colonoscopy… Rawatan susulan saya kena melakukan colonoscopy dari bulan ke bulan hingga dari tahun ke tahun… Sepanjang 5 tahun lebih pemantauan tumor dalam usus sya… Tiada sebarang ketumbuhan di temui… Tidaklah sehingga pada bulan 8 tahun 2019…Last check bulan 6 2019… Pada bulan August saya mengalami masalah buang air besar terkadang najis saya di ikuti dengan darah fresh… Bila melihat keadaan itu esok saya berjumpa Doctor diHTAR kemudian melakukan colonoscopy sekali lagi…pada waktu itulah tumor sebesar 5cm di temui di tempat tumor yang dulu dibuang… Setelah menjalani semua prosedur yang doctor sarankan akhirnya doctor bagitahu operation mungkin dilakukan sekiranya tiada perubahan size selepas chemo dan radiotherapy… Saya risau utk melakukan operation kerana doctor bagitahu saya bakal akan menggunakan stogma bag seumur hidup… Doctor tolong tolong lah bagi penjelasan soal ini. Saya faham mengapa doctor atau pihak hospital ini melakukan operation tersebut… Ini supaya akar sel kanser itu di buang secara total… Tapi saya tak sanggup untuk menggunakan stogma bag seumur hidup…
… Saya berusia 35 tahun… Sedang menjalani rawatan di IKN Putrajaya…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Bukan senang untuk menggunaka beg stoma. Terutama sekali anda masih muda.
Melalui kefahaman saya, dan maafkan saya jika saya salah faham, anda ingin melakukan pembedahan dengan menggunakan kaedah colonoscopy kerana beranggapan kaedah itu akan mengelakkan anda dari menggunakan stoma bag. Namun begitu, sebab untuk anda terpaksa menggunakan beg stoma bukan bergantung dengan kaedah pembedahan tetapi, bergantung kepada kawasan yang terjejas dengan ketumbuhan tersebut. Hal ini kerana sekiranya ketumbuhan tersebut terlalu di bawah sehingga tidak dapat menyelamatkan tisu dubur anda, anda tidak akan dapat membuang air besar. Oleh itu, bag stoma diperlukan.
Saya tumpang bersimpati dengan masalah anda. Namun begitu, berikut hanyalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut saya amat menyarankan untuk anda berbincang masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.