Sulit
2 tahun
Perkaitan antara hipertiroid dan kanser rahim/serviks
Saya noraini berusia 29 tahun, pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia 7 tahun. Saya telah di diagnosed mempunyai penyakit hyperthyroid, anxiety dan gerd pada tahun lepas 2018. Saya terlalu takut setelah mengetahui kisah slh seorang ahli keluarga kawan saya yg mempunyai masalah thyroid (benjolan seperti goiter tapi kurang pasti jenis masalah tiroid yg dihidapi) dlm masa yg sama mendapat kanser ovari. Disebabkan saya baru melalui pendarahan di vagina setelah berhubungan seks pada 15 sept lalu… Walhal last period saya adalah pada 9 sept(hari ke7). Tolong bagi penerangan tentang hasil kajian dan pemerhatian yg ada mengenai perkaitan dua masalah, peratusan yg ada dan risiko penyakit tersebut. Terima kasih.
Disini, Saya nak tau kalau benar penyakit hyperthyroid atau sebarang penyakit berkaitan thyroid akan berisiko mendapat penyakit2 seperti kanser diatas?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kaitan antara beguk (goitre) dan kanser ovari adalah berkemungkinan jika punca beguk itu sendiri disebabkan kanser. Seseorang boleh mempunyai masalah genetik yang menyebabkan kanser di beberapa organ seperti tiroid dan ovari. Namun ia adalah jarang. Manakala masalah hipertiroid pula, boleh disebabkan:
- penyakit auto-imun (sistem imun badan menyerang tiroid)
- jangkitan virus
- ketumbuhan adenoma
- kesan ubat-ubatan
- kanser - gejala lain seperti hilang berat badan, lemah badan, sukar menelan makanan
Masalah hyperthyroid anda perlu diketahui puncanya dahulu dan ia tidak semestinya berpunca dari kanser. Masalah pendarahan selepas hubungan seksual pula boleh disebabkan:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- Cervical ectropion - luka pada serviks
- Kanser serviks - jika mempunyai sejarah pap smear positif, atau jangkitan virus HPV
Untuk mengatasi masalah-masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.