
Sulit
3 tahun
Anak sedu selepas ketawa
hai nak tanya . anak sy berumur 2 tahun . dari umur dia 1 tahun lebih lagi bila dia terlalu kuat ketawa dan lepas itu dia akan sedu . adkh itu normal ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan anak anda mengalami sedu selepas ketawa. Jangan risau kerana kami akan membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, sedu selepas ketawa adalah normal pada semua peringkat usia. Sedu terjadi disebabkan oleh:
- Udara terperangkap di dalam perut
- Kemasukan udara yang terlalu banyak melalui diafragma
- Iritasi saraf frenik
Namun begitu, sekiranya anak anda menunjukkan gejala ini semasa mengalami sedu, sila berjumpa doktor dengan segera:
- Sukar bernafas
- Perubahan bibir menjadi biru
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Anda juga boleh menghubungi doktor kami di atas talian untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut mengenai persoalan anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.