
Sulit
5 tahun
Baby umur sebulan,nafas mcm berkahak
normal kan baby sy berkahak, baby sy minum susu formula… nafas dye cm berkahak, buat mase ni tido dye ok, cume kalau nk menyusu botol tu, agak mcm susah disbbkan kahak tu, anak sy xde batuk n selsema pun… doktor tlg jelaskan untuk sy… terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat tambahan diperlukan bagi definisi nafas berkahak anak anda. Hal ini kerana, sekiranya anda mengatakan mengenai gejala batuk berkahak, maka terdapat beberapa punca yang boleh disiasat. Pada masa kini anda perlu memantau sekiranya anak anda boleh menyusu ataupun tidak, terdapat muntah, warna tahi anak anda serta berat anak anda. Sekiranya terdapat perubahan drastik mengenai perkara-perkara yang dinyatakan diatas berserta gejala demam atau batuk, maka anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.