
Sulit
3 tahun
Bahu kiri sakit dan rasa nak demam
Saya wanita berumur 43 tahun dan sekarang bahu sebelah kiri sakit dan rasa nak demam. Adakah bahu sakit ini akan menyebabkan demam? Saya baru buat rawatan fisioterapi Rabu lepas. Risau sebab kes covid-19 masih tinggi. Saya tiada sakit tekak, batuk atau selsema

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan adakah sakit bahu kiri boleh menyebabkan demam. Kami akan cuba memberi penerangan.
Untuk makluman anda, sakit pada bahu boleh menyebabkan demam jika ia melibatkan kesakitan yang berpunca daripada bengkak, jangkitan atau radang sendi. namun demam juga boleh disebabkan oleh perkara lain seperti:
- Jangkitan virus
- Jangkitan bakteria
- Cuaca yang panas
- Demam selsema
Sekiranya anda mengalami gejala demam yang teruk atau berpanjangan, sila rujuk perkara ini kepada doktor. And aboleh menghubungi kami untuk konsultasi atas talian agar kami boleh membanytu anda dengan lebih lanjut.
Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.