
nabnabilah91
5 tahun
Batuk berkahak bayi 6 bulan
Anak saya, 6 bulan, diberi ubat Beatolin Elixir oleh doktor setelah sy membawa dia ke klinik untuk pemeriksaan selepas dia batuk tanpa henti selama 2 hari. Tetapi, dari batuk biasa (tanpa bunyi kahak) selepas diberikan ubat tersebut, saya dapati batuk anak saya semakin teruk disertai bunyi kahak di tekak dan sukar mengeluarkan suara kerana kahak tersebut. boleh beri penerangan? ataupun ubat tersebut tidak sesuai diberikan kepada bayi bawah 6 tahun?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala batuk berkahak dalam kalangan bayi bawah umur satu tahun boleh disebabkan:
- Radang tekak atau tonsil - akibat jangkitan kuman
- Jangkitan dalam saluran udara atau paru-paru
- Batuk kokol
- Penyakit jantung
Penggunaan ubat Beatolin Elixir adalah untuk mengurangkan simptom atau gejala saluran udara sempit dan ia tidak akan melawan jangkitan kuman mahupun keradangan. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.