
Sulit
3 tahun
Bengkak dan sakit di ibu jari kaki
Ibu jari kaki bengkak & sakit.rujuk pada doktor,doktor terus buat kesimpulan itu adalah gout.doktor beri ubat susut bengkak,colchicine pil dan ubat sachet.tapi betul ke bengkak &sakit di ibu jari kaki tu adalah gout?selepas makan pil,masih tiada apa-apa kesan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, bengkak dan sakit ibu jari kaki boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya Gout, kecederaan pada ibu jari kaki, jangkitan sendi, penyakit radang sendi (biasanya sendi besar seperti lutut) dan selainnya.
Sekiranya ia adalah gout, pil yang doktor anda tetapkan tersebut dapat membantu ringankan gejala anda. Namun, untuk mengawalkan penyakit gout, anda perlu pantang sesetengah makanan seperti daging merah, kekacang, makanan perlautan seperti ketam, kerang, udang, sardin dan lain, makanan berminyak.
Makanan seperti sayuran berdaun hijau, buah-buahan, nasi perang, susu berlemak rendah dan lain adalah dibenarkan. Ayam, telur, soya boleh makan dengan kawalan. Untuk mengetahui makanan sesuai untuk gout, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau pakar diet dan pakar pemakanan
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Tulang.