
nazrul.makhtar
5 tahun
Bibir Bayi Kebiruan dan badan menggigil
Anak saya berusia 1 Tahun 3 Bulan, suatu malam ketika tidur dia tersedar dan didapati badan bayi menggigil dan bibir kebiruan, selepas sejam saya bangunkan bayi dan cuba tenangkan bayi dalam keadaan cerah, baru nampak badan menggigil berkurangan, petang sebelum itu bayi dibawa berjalan dan bermain seperti biasa, bayi ada makan 2 ketul tiub ais kecil.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sekiranya bibir bayi kebiruan dan menggigil dikhuatiri bayi anda sedang mengalami kekurangan oksigen. Justeru, memandangkan kondisi ini adalah merbahaya, sebaiknya anda segera membawa bayi ke unit kecemasan sekiranya hal ini berlaku lagi.
Secara umum, bibir bayi kebiruan dapat terjadi disebabkan oleh masalah terkait dengan jantung dan paru-paru. Antaranya adalah:
- Penyakit jantung kongenital (sejak lahir) seperti jantung berlubang
- Penyakit paru-paru seperti masalah pembentukan paru-paru
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.