
Sulit
5 tahun
Cara pengambilan aslene?
Saya berumur 21 tahun , tinggi 157 cm dan berat 88 kg serta tidak mempunyai sebarang penyakit. Saya nak try aslene untuk megurangkan berat badan sy. Boleh sy thu cara @ dos pengambilan ubat tersebut .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Aslene boleh diambil 1 kapsul setiap makanan utama. Justeru sekiranya anda terlupa makan makanan, maka aslene tidak boleh diambil. Begitu juga sekiranya anda mengambil makanan yang bebas lemak, dose ubat harus dikurangkan.
Harus diingatkan juga bahwa ubat ini merupakan ubat yang boleh didispensilan hanya dengan kebenaran ahli farmasi. Selain itu, periksakan dan pastikan juga bahawa anda tidak mempunyai kondisi dibawah iaitu:
- Hamil atau menyusukan
- Mempunyai masalah penyerapan makanan
- Hipersensitiviti
- Sumbatan batu hempedu
Justeru, untuk rujukan lanjut dan memastikan kesesuaian ubat, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap ahli farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.