
Sulit
3 tahun
Dada terasa tegang dan tidak selesa untuk bernafas
Saya berumur 23 tahun, baru-baru ini saya merasakan dada tidak selesa dan saya telah berjumpa doktor membuat pemeriksaan. saya dikatakan banyak angin dalam badan. Saya sudah 3 hari masih rasa tidak selesa. apa cara yang boleh membuatkan rasa itu hilang?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah anda biasanya berpunca dari tabiat pemakanan, seperti:
- Makan terlalu banyak atau terlalu cepat
- Serat (fibre) yang terlalu banyak atau tidak cukup
- Kekurangan bakteria yang baik dalam sistem pencernaan
- Konsumsi sayur-sayuran Cruciferous yang berlebihan (i.e. brokoli, kubis, bak choi dan kale)
- Gas yang tidak atau lambat keluar dari sistem pencernaan (sendawa dan buang angin (kentut) adalah dua cara udara di dalam badan keluar. Lewat atau sering bertangguh ke tandas boleh menyebabkan lebih banyak gas di dalam usus)
Atau kondisi seperti:
- Intoleransi makanan
- Tekanan / stress
Terdapat beberapa cara yang anda boleh cuba iaitu :
- elakkan makan dan minum secara terburu buru
- kurangkan merokok sekiranya anda perokok
- elakkan minuman berkarbonat
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.