
Sulit
4 tahun
Disahkan Herpes hsv-2 tahun lepas
Salam… Dr adakah penyakit herpes -2 bhya jika hamil nnt. Sy dlm ikhtiar utk mendapat bayi… ? Dan jika ya apa langkah2 selamatnya. Mohon pencerahan… terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Herpes merupakan penyakit yang disebabkan oleh herpes simplex virus. Terdapat 2 jenis virus ini iaitu, HSV-1 yang kebiasaanya menyebabkan cold sore dan jarang berjangkit melalui hubungan seksual walaupun boleh. HSV-2 pula adalah virus yang menyebabkan jangkitan herpes genital dan berjangkit melalui hubungan seksual.
Penyakit ini boleh menyebabkan komplikasi yang memudaratkan kepada bayi sekiranya wanita tersebut dijangkiti penyakit ini ketika kandungan sudah mencapai
trimester ketiga. Virus tersebut boleh berjangkit ketika bayi melalui saluran peranakan. Oleh itu, dapatkan rawatan dengan segera dan anda boleh merancang untuk hamil setelah anda sembuh.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.