
Anonymous
5 tahun
Haid tidak berhenti hampir 2 bulan
saya wanita berumur 28 tahun, saya mengalami haid yang tidak berhenti hampir 2 bulan dari 1 jun 2019 sehingga kini (11 julai 2017).
Pada hari ke 27 (27 jun 2019) haid sy dah berhenti, namun pada 30 jun 2019 haid saya datang kembali.tetapi hanya lendir berwarna coklat sahaja sehingga 9 julai 2019.
pada 10 julai dan 11 julai 2019(hari ini) terdapat darah smula.tapi dalam kuantiti sedikit.
Atas nasihat doktor yang merawat, sy diberikan ubat untuk berhentikan darah pada 18 jun 2019. namun tiada perubahan, doktor telah melakukan scan dirahim saya. tp tidak menjumpai apa2 dan doktor tersebut telah memberikan ubat hormon pula pada sy 26 jun 2019.
sehingga harini saya masih makan ubat tersebut. (Norethisterone 5mg). Boleh doktor terangkan apa yang saya perlu buat dan apa yang saya sedang alami.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda,masalah haid yang banyak dikenali sebagai menorrhagia adalah aduan kerap di klinik pakar sakit puan. Menorrhagia ditakrifkan sebagai pendarahan haid lebih daripada 80 ml dalam kitaran haid atau mempunyai tempoh haid lebih dari tujuh hari. Tanda-tanda lain untuk menorrhagia ialah keperluan untuk menukar tuala wanita setiap jam, kehadiran pembekuan darah yang lebih besar dari 2.5 cm atau pendarahan melalui pakaian atau tempat tidur
Antara punca berlakunya darah haid yang banyak ialah:
- Perdarahan disfungsional, atau dysfunctional uterine bleeding
- Masalah kelenjar tiroid terutamanya kekurangan hormon tiroid atau hypothyroidism.
- Fibroid uterus. Fibroid merupakan ketumbuhan yang berlaku di dalam dinding rahim
- Endometriosis, tisu-tisu rahim terletak di luar rahimmenyebabkan pendarahan yang berat dan menyakitkan
- Polip juga merupakan sejenis ketumbuhan pada rahim
- Sindrom polisistik ovari
- PID (Pelvic inflammatory disease), Jangkitan kelamin boleh membawa kepada keadaan yang dikenali sebagai penyakit radang pelvik atau Pelvic Inflammatory Disease (PID) boleh menyebabkan gejala seperti sakit perut dan menorrhagia.
- Kanser serviks atau kanser rahim
Punca haid berpanjangan pula adalah:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Aliran haid yang banyak adalah masalah yang perlu dirawat kerana komplikasi yang boleh berlaku sekiranya kehilangan darah berlebihan. Contoh-contoh komplikasi termasuk anemia (kekurangan darah merah) dan masalah jantung dalam jangka masa panjang jika tidak dirawat. Rawatan bagi pendarahan berat adalah bergantung kepada punca pendarahan tersebut.
Bagi mengetahui punca gejala yang anda alami , anda amat disarankan unutk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.