Sulit
3 tahun
Jantung berdebar(150-170), pening, mudah letih diikuti sesak nafas dan sakit dada yang mencucuk bahkan pernah beberapa kali pengsan
Salam sejahtera, saya wanita berusia 24 tahun. Saya mengalami jantung berdebar(150-170), pening, mudah letih diikuti sesak nafas dan sakit dada yang mencucuk bahkan pernah beberapa kali pengsan.Hal ini berlaku ketika saya dalam keadaan beristirehat. Saya telah dibawa ke kecemasan dalam keadaan pengsan beberapa kali dan dirujuk ke pakar. Pelbagai pemeriksaan telah dibuat seperti ECG,Holter, Echocardiogram, ambil darah dan sebagainya. Keputusan mendapati saya hanya mengalami “Inappropriate Sinus Tachycardia” dan diberikan corolan 7.5mg(makan 2 kali sehari). Terkini saya telah dirujuk untuk untuk membuat ujian elektrofisiologi. Saya ingin mengetahui adakah Ujian Elektrofisiologi ini perlu untuk saya atau tidak perlu kerana keputusan ECG, holter, Echo dan sebagainya sebelum ini kelihatan normal. Memandangakn ujian ini memerlukan kos yang besar dan perlu dilakukan secepatnya, saya memerlukan pihak anda memberi penerangan.
Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang hal ini. Untuk makluman anda, ujian elektrofisiologi adalah ujian yang membantu doktor memahami dan melakukan diagnosis berkenaan keadaan irama jantung yang tidak normal (aritmia). Ujian elektrofisiologi menguji impuls elektrik jantung anda untuk mengetahui dari mana aritmia (degupan jantung tidak normal) tersebut berasal. Hasil ujian ini dapat membantu anda dan doktor anda memutuskan sama ada anda memerlukan ubat, alat pacu jantung, cardioverter defibrillator (ICD), atau pembedahan jantung bagi merawat masalah yang anda hadapi.
Doktor yang memeriksa akan menentukan pesakit yang memerlukan ujian khusus ini. Pihak kami tidak boleh memberikan sebarang kesimpulan lanjut kerana maklumat tambahan dan pemeriksaan yang teliti dan menyeluruh diperlukan. Walaupun pesakit mempunyai hak untuk menolak, namun, anda sebaiknya mengikuti nasihat doktor yang memeriksa.
Untuk info mendalam tentang perkara ini, anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!