
Sulit
4 tahun
Jari manis terketuk dan sakit
Hai,
Saya berumur 21 tahun. Jari manis saya terketuk dan ianya bengkak pada mulanya. Selepas beberapa hari bengkak dah surut tpi tapak tangan saya masih sakit. Ia rasa tegang dan sakit apabila saya meluruskan smua jari saya. Kadang2 atas tapak tangan saya rasa sakit apabila mengangkat barang dan mengerakkan salah satu jari saya .

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Secara umumnya, sakit tersebut pada individu yang masih di peringkat usia produktif dan aktif adalah normal, lebih-lebih lagi setelah berlaku trauma kecil sehingga bengkak. Walaupun lazimnya gejala akan hilang dengan sendirinya, namun gejala yang berterusan pula boleh menandakan:
- gangguan muskuloskeletal
- gangguan vaskular
- gangguan rematik
- gangguan saraf
- dan lain-lain
Disamping itu anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor dengan kadar segera, sekiranya terdapat juga gejala sampingan seperti:
- sakit yang teramat atau tidak hilang dengan rehat
- sakit yang berterusan atau bertambah hari demi hari
- terdapat kelainan warna kulit atau perubahan bentuk / kekentalan otot pada kawasan yang sakit
- demam atau tanda-tanda infeksi yang lain
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Masih risau dengan sakit jari anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!