
Sulit
5 tahun
Jatuh motor ~ dada / tulang rusuk sakit bila bernafas tercucuk/tersekat
Hi saya vin,saya mengalami kemalangan baru 2minggu lepas dan saya sudah membuat rawatan dan saya tidak boleh bernafas dan merasa sakit dibahagian dada/tulang rusuk saya sakit bila bernafas Bila xray tak ada kesan patah ataupun retak disyaki jangkitan kuman tapi tisu bahagian belakang saya koyak ataupun ada effect yang lagi bahaya… Tapi adakah saya boleh membuat rawatan traditional…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, rawatan tradisional adalah sekumpulan rawatan yang tidak terbukti secara statistik mahupun saintifik. Justeru, kami tidak merekomendasikan untuk perawatan secara tradisional memandangkan bukti keberkesanan perawatan tradisional adalah tidak jelas.
Sekiranya anda berasa sakit setelah kemalangan, namun hasil xray mendapatkan bahawa tiada tulang yang patah, maka punca sakit mungkin berasal dari tisu lain di dada seperti tisu otot, sel saraf dan sebagainya. Terdapat satu keadaan yang dikenali sebagai delayed pain after accident yang mana ia boleh jadi petanda pelbagai masalah kesihatan seperti:
- Diafragma koyak (diafragma adalah merupakan sejenis otot pernafasan)
- Costochondritis (keradangan tulang rusuk)
- Sakit otot dada akibat trauma ataupun keradangan
Melihat kepada riwayat kemalangan serta gejala yang anda alami, jelas penatalaksanaan melalui platform ini harus dilanjutkan untuk mengetahui lanjut keterangan masalah anda serta untuk memberi rawatan yang selayaknya. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.