
Sulit
3 tahun
Kaki menjadi hitam Dan kebas
Aslmkm… Hai doktor… Saya pn. Afzan. Saya INGIN bertnya kepada doktor berkenaan kaki ayah saya menjadi hitam Dan sakit kadang terasa bisa Dan kebas… Adakah kerana saluran darah tersumbat atau buah pinggang. Bila malam ayah saya tak boleh tidur Sebab sakit Dan bisa. Pinggang pon ada masa sakit seperti mencucuk cucuk… Betis ayah saya bila di tekan lekuk dalam Dan lambat timbul. Kenapa yer doktor… Ayah saya ada ambil darah tp belum tahu rizab nya…

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah yang anda hadapi boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Diabetes atau kencing manis
- Aliran darah yang tidak mencukupi
- Trauma
- Masalah otot dan juga saraf
- Kekurangan vitamin
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.