
Sulit
4 tahun
Kekerapan berak bayi
Anak saya berusia 2 bulan. Masa anak saya 1 bulan, anak saya dah minum susu campur. Tapi susu fm cuma diberikan 1-2 kali sahaja sehari dan selebihnya susu ibu. Ketika itu sy memberikan susu similac. Kadar beraknya pada mulanya 2 kali sehari dan beraknya kuning cair. Semasa die lg beberapa hari nak mencecah 2 bulan, die berak 3 hari sekali dan kuantitinya banyak. Jadi saya tukarkan susu formula ke susu formula organic bellamys.
Namun masa die mencecah 2 bulan kekerapan dia menyusu terbalik pula. Fm lebih banyak dari susu ibu. Susu ibu sy dapat bagi die 1-2 kali je sehari. Dan die berak pun 3 hari sekali dan kuantiti berak dia sedikit. Berak dia warna kuning dan seperti tanah liat tapi tidak berketul.
Adakah normal atau sy perlu bertukar ke susu fm yang lain?
Saya tak dapat tahu tanda-tanda die sembelit kerana anak saya mmg sejak lahir kuat mengeran jadi sy taktahu nak bezakan. Dan perut dia pula tidak keras, lembut je. Tapi saya risau sebab saya baca mereka cakap bayi yang minum susu fm kena berak sekurangnya sekali sehari. Tp anak saya tak berak setiap hari. Sy risau

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang kekerapan bayi membuang air besar. Untuk makluman anda, bagi bayi yang menyusu badan, pada 6 bulan pertama usianya, kekerapan membuang air besar adalah sekurang-kurangnya 3 kali setiap hari, tetapi mungkin hingga 4-12 kali untuk beberapa bayi. Selepas usia tersebut, bayi selalunya akan membuang air besar setiap 2-3 hari. Manakala bagi bayi yang meminum susu formula, pada 6 bulan pertama usia kehidupannya, kekerapan adalah sekurang-kurangnya 1-4 kali setiap hari. Selepas bulan pertama, kebanyakan bayi akan membuang air besar setiap hari atau setiap dua hari sekali. Anda dinasihatkan untuk membawa anak anda berjumpa dengan doktor sekiranya mengalami simptom seperti:
- najis berdarah
- najis putih atau kelabu
- lebih banyak najis sehari daripada yang biasa
- najis dengan sejumlah besar lendir atau air
- masalah membuang air besar ini berlarutan
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan kesimpulan yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih