
Sulit
4 tahun
Keliru darah haid atau istihadah
Saya 19tahun, sjak bbrpa thun lalu sering mengalami istihadah, namun bukan lah wajib setiap bulan, dalam setahun, kebiasaanya akan ada beberapa bulan berturut berlakunya istihadah ini, namun apa yang mengelirukan dan membimbangkan saya ialah darah istihadah tersebut kebanyakannya bewarna coklat terang, bukanlah merah cair seperti yang sepatutnya. Hanya kadang2 sahaja ianya bewarna merah cair. Darah coklat terang itu. Cair sahaja, tidak berketul dan tidak berbau. Latest kes ini berlaku pada saya adalah bulan lepas, saya leriod selama 8 hari, kemudian pada hari ke 15,iaitu pada 1April, keluar lagi darah bewarna coklat terang, dan saya mengiranya sebagi haid, tapri pada hari ke16,masih keluar darah yang sama seperti itu tapi saya mengira sebagai istihadah walaupun darahnya lebih kurang sahaja. Saya konfius la doktor. Harap dapat membantu, terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan pendarahan berwarna coklat antaranya ialah:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Sekiranya pendarahan coklat ini bersambung dengan haid anda, maka ini adalah perkara yang normal. Darah pada penghujung period adalah agak perlahan. Oleh itu, warna darah akan lebih gelap seperti merah gelap atau coklat.
Beberapa cara untuk mengatasinya adalah:
- Buat ujian kehamilan jika mengesyaki hamil
- Jika masalah disertai gejala lain seperti senggugut keterlaluan, haid terlalu lama atau tidak datang haid sila rujuk kepada doktor untuk mengetahui punca
Saya sarankan anda berjumpa dengan doktor jika masalah ini berterusan. Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.