
mns.naqiu
5 tahun
Kesan buruk menghisap pod
Saya mempunyai kwn yg menghisap pod (rokok electronic) saya mahu tahu apakah gejala-gejala buruk apabila menghisap pod atau keburukan pada diri sendiri Ada kah mendapat kesan buruk seperti kancer Dan sebagainya

5 tahun
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Vape atau lebih dikenali sebagai rokok elektronik merupakan sejenis penghantar nikotin elektronik yang menggunakan pengewap berkuasa bateri.
Terdapat beberapa kesan buruk yang boleh disebabkan akibat vape,antaranya ialah:
- Boleh menyebabkan nikotin overdose
- Boleh menyebabkan kemurungan
- Boleh menjadi sebagai salah satu fakor risiko untuk penyakit metabolik seperti darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.
- Boleh menyebabkan penyakit respiratori seperti pneumonia , asma dan Chronic Obstrutive Pulmonary Disease(COPD)
Oleh itu beberapa langkah untuk berhenti merokok haruslah diambil supaya hal yang dinyatakan seperti diatas dapat dielakkan .Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.