
Sulit
4 tahun
Kesan makan ubat Hypertyriod
Saya wanita berusia 37 tahun dan mempunyai penyakit hypertiriod. Selepas makan ubat selepas 1 minggu dos ubat sebanyak 4 biji… Mengalami sakit urat dan badan…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, gejala yang anda hadapi mungkin merupakan kesan pengambilan ubat hyperthyrod. Kesan sampingan ubat tersebut adalah jarang (hanya mempengaruhi 1-3% pesakit), namun ianya berlaku pada sesetengah pesakit. Kesan sampingan ini termasuklah ruam, gatal-gatal, keguguran rambut yang tidak normal, dan demam. Kesan sampingan yang lain yang lebih jarang termasuk loya, bengkak, pedih ulu hati, sakit otot dan sendi, mati rasa, dan sakit kepala. Lawatan susulan secara berkala dengan doktor anda akan mengurangkan risiko komplikasi yang teruk.
Jika anda mempunyai pertanyaan tambahan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Masih gusar dengan masalah tiroid anda? Dapatkan nasihat daripada pakar perubatan kami.