
Sulit
4 tahun
Kesan pengambilan pil postinor 2
Saya baru berkahwin, kami merancang untuk tidak mempunyai anak dalam waktu terdekat. Saya menggunakan cara nature planning. Pada 12/4 saya telah datang period secara normal, pada 23/4 saya bersama suami dan suami saya telah tersasar. Pada 24/4 selepas berbuka puasa saya telah mengambil pil postinor 2, pengambilannya ada sebiji selepas berbuka dan selepas sahur sy telah mengambil lagi satu biji. Kali pertama saya mengambil pil postinor ini. Masalah saya sekarang, saya tidak datang period untuk bulan 5. Kalau mengikut pengiraan normal period saya sepatutnya saya akan datang period pada 10/5. Pada 7/5 terdapat sedikit lendiran yang berwarna cokelat. Saya tidak pasti sama ada itu keputihan atau darah. Saya ingin bertanya adakah pengambilan postinor boleh menyebabkan kelewatan period? Ada kemungkinan untuk saya hamil atau saya mempunyai masalah kesihatan yang lain

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah haid lewat secara amnya boleh disebabkan oleh:
- Kehamilan
- Umur
Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet
Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
- Ubat-ubatan
Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Antara kesan sampingan pil postinor ialah:
- Muntah
- Cirit-birit
- Pening
- Sakit kepala
- Sakit pada payu dara
- Pendarahan vagina
- Kepenatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.