Sulit
3 tahun
Tidak mahu pregnant . Ada tak ubat pencegah kemahilan Dari berlaku selepas 15 hari Dari tarikh saya berhubungan bersama Suami?
Hi nk tnya blh ke saya ambik pill perancang segera(postinor) dlm masa 15 selepas berhubungn dgn Suami.Adakah ubat itu akan berkesan?..sbb sy Lewat haid 2 hari n x pasti pregnant atau tidak. Saya xnk mengandung lgi.Apa yg saya Perlu buat doktor tolong saya…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, biasanya postinor dapat memberikan kesan perancang sebanyak 85peratus, digalakkan ambil sebelum 48 jam dan biji yang kedua dalam jangka 12 jam selepas pil pertama. Sekiranya anda memathui cara pengambilan ubat ini, perlindungan dari kehamilan adalah tinggi.
Sekiranya haid anda lewat 2 minggu atau lebih dari tarikh sepatutnya, anda boleh melakukan ujian kehamilan seperti UPT untuk kenal pastikan status hamilan anda. Anda juga boleh merujukkan masalah ini kepada doktor sakit puan untuk dapatkan nasihat lanjut serta membantu anda.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.