
Sulit
3 tahun
Pendarahan selepas penggunaan pil postinor
Hi, saya sudah pass my period this month. And last week sy consume postinor selepas berhubungan dengan suami, 2-3 hari after saya experience pendarahan. Akankah pendarahan ini berhenti dengan sendiri?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Untuk makluman anda, pendarahan di luar waktu haid adalah antara kesan sampingan pengambilan pil perancang kecemasan. Kesan sampingan lain adalah :
- Keletihan
- Muntah dan loya
- Sakit perut
- Cirit-birit
- Sakit payudara
- Sakit kepala
Pendarahan yang anda alami akan berhenti dengan sendiri, tetapi jika pendarahan masih berpanjangan, sila rujuk kepada doktor kerana mungkin masalah anda boleh disebabkan oleh masalah kesihatan lain.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.