Sulit
3 tahun
Melakukan sex semasa hari ketiga selepas ovulation,adakah masih lagi berguna morning pill
Saya wanita berumur 19 tahun,saya melakukan sex tanpa protection pada hari ke 3 selepas ovulation saya dan saya telah makan ubat escapelle sejam selepas melakukan sex.persoalan saya,adakah berkesan penggunaan escapelle tersebut,mohon jelaskan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, dianggarkan bahawa Escapelle akan menghalang 85% kehamilan. 95% kehamilan yang dijangkakan akan dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
Escapelle ini adalah pil perancang atau kontraseptif kecemasan yang diambil dalam lingkungan masa 72 jam melakukan hubungan seksual. Ia tidak selalu membahayakan dan mempunyai kesan sampingan tetapi amat jarang sekali ia memberi kesan pada wanita. Paling-paling ia akan memberi kesan haid datang awal atau lambat. Tetapi, jika terlalu kerap dalam mengambil Escapelle, ia akan menggangu kitaran haid anda.
Saya harap jawapan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan perbincangan yang lebih lanjut mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi doktor atau pakar kami secara atas talian. Terima kasih.