Sulit
2 tahun
Selepas makan pil Ella dan tidak datang period lagi
assalamualaikum doktor ,Semasa 27/6 saya dan isteri saya melakukan hubungan intim tanpa perlindung, hari terakhir isteri saya period pada 12/6
Keesokannya pagi isteri saya makan pil Ella sebelum 24jam kerana belum bersedia untuk hamil tapi selepas dia makan pil tu dia tiada apa apa sebarang kesan sampingan pun terjadi pada dia dan sampai sekarang dia belum datang period baru baru ni 14/7 & 15/7 dia ada rasa loya sekejap dan Harini 19/7 dia terasa cramp di peranakan yg hanya sekejap dan selepas tu datang lagi sekejap, adakah itu satu kesan sampingan bagi pil perancang kecemasan Ella? Adakah pil itu berkesan ataupun tidak?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan.
Soalan anda adalah berkaitan penggunaan pil Ella, saya akan cuba membantu.
Untuk makluman anda, antara kesan sampingan biasa bagi penggunaan pil Ella adalah:
- Sakit kepala
- Mual
- Sakit perut
- Senggugut (sakit haid)
Namun begitu, memandangkan isteri anda telah mengambilnya beberapa hari sebelum, kaitan gejala yang.dialami dengan kesan sampingan pil tersebut tidak dapat dipastikan.
Mengenai keberkesanan pil Ella, kajian menunjukkan pil ini boleh mencegah kehamilan jika diambil sehingga 120 jam selepas hubungan seksual. Namun keberkesanananya menurun jika diambil dalam tempoh lebih lewat.
Gejala-gejala yang dialami serta haid yang lewat boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti:
- Keletihan
- Tekanan
- Perubahan jadual waktu harian yang lebih sibuk
- Kerisauan
- Kesan sampingan ubat ubatan
- Penyakit lain
Anda disarankan untuk merujuk isteri anda kepada doktor untuk mengetahui punca gejala yang berlaku. Anda juga boleh bercakap dengan doktor kami untuk konsultasi secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.