Sulit
3 tahun
Bilakah masa yang sesuai untuk saya ambil pil perancang kecemasan escapelle ? Dan berapa biji yang perlu saya makan?
Saya berhubungan dan saya belum bsdia untuk mmpunyai chya mata dan saya ingin kepastian sebelum mengambil ubat
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, anda boleh ambil pil perancang kecemasan ini secepat mungkin selepas hubungan anda untuk sebaik kesannya, biasanya tidak melebihi 2 hari. Anda boleh ambil pil perancang kecemasan tersebut mengikut arahan atas kotaknya, biasanya 1 biji sampai 2 biji bergantung pada dos pil tersebut.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.