Sulit
3 tahun
Period lambat ade kemungkinan mengandung?
pada 21hari bulan 8 hingga 24 hari bulan 8 mkn after pil(postinor2), dan hari ke 5 makan pil perancang biase yg 28 biji, ade kemungkinan mengandung ke.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, biasanya postinor dapat memberikan kesan perancang sebanyak 85peratus, digalakkan ambil sebelum 48 jam dan biji yang kedua dalam jangka 12 jam selepas pil pertama. Sekiranya anda memathui cara pengambilan ubat ini, perlindungan dari kehamilan adalah tinggi.
Selain itu, pil perancang biasa juga dapat memberikan kesan perancangan yang cukup menjanjikan.
Sekiranya haid anda lewat 2 minggu atau lebih dari tarikh sepatutnya, anda boleh melakukan ujian kehamilan seperti UPT untuk saringkan status hamilan anda. Sekiranya keputusan UPT adalah negatif, mungkinnya period lambat adalah kesan sampingan penggunaan pil perancang.
Anda juga boleh merujukkan masalah ini kepada doktor sakit puan untuk dapatkan nasihat lanjut serta membantu anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.